Ekspedisi Gunung Tahan (Malaysia) 1982

1982 Gunung Tahan Expedition

Expedisi Gunung Tahan 1982                                                                                                   2+3 Pendakian Kuala Tahan – Kuala Tahan (6 Hari 5 Malam).

 

An old expedition scaling Gunung Tahan (Mount Tahan) Malaysia in 1982. Aden Lee at the peak of Gunung Tahan.

Disebabkan banyak request yang diterima oleh kawan-kawan dari Group Group mendaki, inilah cerita hamba.

Satu ekspedisi mendaki Gunung Tahan pada tahun 1982. Saya hanya ingin berkongsi pengalaman untuk rakan-rakan pendaki yang muda zaman sekarang dan memetik detik-detik nostalgia pendaki-pendaki yang pernah mendaki Gunung-gunung yang berada kat tanah air kita Malaysia. Mulanya umur 14 tahun, saya mengikut abang saya George Lee pergi Camping dan Hiking sebab dia ingin training untuk mendaki Gunung Tahan pada waktu itu (1980) Pada ketika itu tidak ada kelab mendaki atau group mendaki seperti hari ini. Tidak ada guider atau go-go yang beriklan kat FB. Guider yang disahkan oleh Taman Negara adalah penduduk ASLI masa itu. Memang susah nak cari rakan pendaki kecuali kita join grup Pengangkap sahaja. Masa sekolah saya kat Methodist Boys School, Pengangkap hanya camping kat padang sekolah. Sebab abang saya yang jadi pioneer (otai) kat sekolah saya, kita mula hiking dan camping di daerah Selangor sahaja. Tempat yang kita pergi hiking dan camping pun terhad. Hutan rekreasi tidak wujud kecuali Temple Park (Ulu Kancing) dan Kawasan pembalakan seperti Sg. Tua, Bukit Takun (Templer Park) dan persekitaran Ampang Selangor (Bukit Belacan). Goal kita adalah untuk buat training dekat tempat-tempat ini dan terus mendaki Gunung Tahan mengikut Kuala Tahan yang akan mengambil masa 7 hari naik dan 4 hari turun (mengikut standard waktu/zaman dulu).

GOAL kita adalah mendaki Gunung Tahan dan pulang dalam 7 hari 6 malam dalam musim kering (Februari) dan membuat satu rekod yang baru “pemuda yang paling muda mendaki Gunung Tahan dalam 7 hari”. Kita mula hiking dan camping dekat tempat-tempat yang saya intro tadi dan pasti tempat-tempat ini banyak penghuni yang halus (you know what I’m saying, topik ini kita cerita lain kali). Tata-tertib masuk hutan dan bagaimana kita belajar dari senior dan orang ASLI kita abadikan sebab takut hilang atau diganggu di makhluk halus sewaktu di dalam hutan. Nama kawan tidak boleh dipanggil, kencing dan buang air besar wajib kita minta izin dulu dengan datuk-datuk yang duduk dalam hutan. Nak ambil kayu api pun kena minta izin dulu. Kalau tidak buat sedemikian, mungkin kita ambil tiang rumah mereka. Malam-malam kita pernah melihat api-api terapung and melayang…. Makanan yang sudah masak mesti kita habiskan dan sisa makan tidak boleh dibuang atau dibakar sebab takut ‘attract’ ular atau binatang buas. Bunga yang kita nampak pun tidak izin untuk dipetik, sebab kemungkinan bunga itu kepunyaan istana bunian. Kalau apa-apa yang berlaku dalam hutan, tidak ada orang yang boleh bantu disebabkan tidak ada orang atau Hiker yang akan lalu. Sebelum masuk ke Kawasan hutan, kalau ada tokong kecil atau kuil yang disediakan oleh orang-orang kampung, kita singgah dulu dengan buah-buahan sebagai tanda hormat dan minta izin berapa hari yang kita akan berada dalam Kawasan itu. Selepas keluar dari tempat itu, kita singgah sekali lagi untuk berucap terima kasih dapat masuk ke hutan dengan aman dan keluar dengan aman. Inilah yang kita diajar dan yang kita praktik setiap kali masuk hutan (old skool).

Kuala Tahan, scaling Gunung Tahan (Mount Tahan) Malaysia in 1982.

KUALA LUMPUR – KUALA TAHAN:

An old expedition scaling Gunung Tahan (Mount Tahan) Malaysia in 1982.
Journey from Kuala Tembeling to Kuala Tahan by boat only.

Saya dengan KC Chang, bertolak dari Puduraya dengan Teksi ke Jerantut dan dari Jerantut ke Kuala Tembeling. Naik boat Taman Negara ke Kuala Tahan. Jumpa Renger Taman Negara dengan permit yang dikeluarkan oleh Perjabat Perhutanan di Jalan Duta (1980’s). Register di Taman Negara untuk mendaki Gunung Tahan. Selepas ini, kita bertanya ada Guider untuk guide kita ke Gunung Tahan. Biasanya pekerjaan Guider (Go-go) adalah Orang ASLI tetapi pada tahun 1982, Taman Negara memperkenalkan Guide Melayu (budak-budak kampung) dari persekitaran Kuala Tahan. Jika tidak ada guider, pendaki terpaksa bemalam beberapa hari sampai dapat cari seorang guider. Kita dapat cari seorang budak kampung yang berdaftar untuk guide kita dengan upah RM400 dan boleh mula perjalanan dan pendakian kita. Renjer masa itu memberi suggestion kita bergabung dengan 3 budak lain yang ingin mendaki Gunung Tahan juga. Inilah peluang untuk buddy saya KC berkongsi kos guider. Kita pun menerima galakan ini dan bertemu 3 budak ini Adnan, Shahril dan Shaz, . Mereka bertiga ini dari Sekolah Sri Inai (Gombak). Memang power mereka. Tidak pernah camping atau hiking sebelum ini. Taman Negara adalah kali pertama mereka masuk hutan. Tetapi waktu bertemu, mereka tidak memberi tahu kita info ini. Kita hanya discuss sharing kos Guider dan bertolak pagi esok.

Day 1: OK OK CRAMP CRAMP CRAMP!

Scaling Gunung Tahan (Mount Tahan) Malaysia in 1982. Rest stop at the middle of Banjaran Malang (25 peaks) before summiting Gunung Rajah.

Kita bermula dari Kuala Tahan ke Camp Sungai Melantai awal pagi. Guide Malay (Nawawi) bertemu dengan kita di Kuala Tahan Rengers Office. Siap nego untuk upah RM400 pergi ke Puncak Gunung Tahan dan pulang ke Kuala Tahan. Treking dari Kuala Tahan ke Sungai Melantai steady sahaja. Takda apa apa susah pun. Dalam lingkungan 3 jam lebih kita sampai dan teruskan untuk ke Banjaran Malang (Bukit Malang). Mengapa diberikan nama ini? Satu banjaran Gunung 25 peak! Kalo pendaki tidak pernah buat training pasti akan patah balik ke Kuala Tahan. Kita pun teruskan perjalan kita untuk mendaki Banjaran Malang ini. Asyik CRAMP! CRAMP! CRAMP! Krem sampai tak boleh tahan kita berhenti persekitaran jam 4 petang dan set up campsite di banjaran ini (Malang Hill no. 11) sebab untuk ke Camp Kuala Puteh perlu 3-4 jam lagi.
Malam pertama, 3 budak ini cerita kepada kita, inilah kali pertama mereka masuk hutan! Champion betol!! Patutlah mereka pakai seragam sekolah, kasut sekolah dan beg sekolah! Macam ponteng sekelah dengan complete set!! Keadaan fizikal bertiga ok-lah. Mereka tidak pernah duduk dalam hutan dan malam ini adalah malam pertama duduk dalam kegelapan! Walao -eh!!! Takda apa apa yang kita boleh lakukan dan seterusnya buat khemah dan istirehat. Atas banjaran ini takda air dan bolehlah pikiran kita macam mana kita tidur! Bau ZAMBUK (Muscle heat) yang kita boleh tutup bau peluh!

Selepas masak dan makan malam, satu lilin dinyalakan dan kehabisan lilin ini hanya kedengaran bunyi hutan dan dengkuran manusia yang sudah lelah…..


– On-track to Gunung Rajah.

Day 2: WTF!!! MANA BOLEH PATAH BALIK!
Kita bangun awal (0500hrs) untuk masak nasi dan siapkan ration yang sama untuk tengah hari. Ini adalah strategi kita supaya tidak buang masa untuk berhenti dan memasak. Kita hanya berhenti untuk lunch dimana mana sahaja. Kita bergerak ‘’ 1st light’’ apabila cukup cahaya untuk lihat trail. Target kita hari ke 2 adalah untuk sampai ke Camp Kuala Teku. Kalau untuk team yang kurang fit, mereka perlu 3 hari untuk sampai ke Kuala Teku. Kita pun teruskan pendakian Banjaran Malang untuk ke Gunung Rajah.

Selepas mendaki selama setengah jam, Guide kita NAWAWI kata dia kurang sehat. Dia kata nak patah balik!!! Kita pun TERCUAK (Terkejut) sebab kata nak patah balik. Apa hal ni NAWAWI?? Dia kata “I don’t feel good’’ sesuatu yang dia rasa tak betul dalam hutan hari itu. Ini kemungkinan sebab guide sebelum ini adalah guide ASLI dan dia rasa kurang ok. Saya dengan KC ber’meeting’ untuk teruskan perjalanan atau patah balik. Keputusan kita memang susah sebab sudah lama tabungan wang selama setahun dan fizikal training selama 2 tahun. Mana boleh macam ini NAWAWI walaupun kita cuba saiko dia. Dia tetap mahu patah balik. KC dan saya bermesyuarat hutan dengan Adnan, Shahril dan Shaz. Mereka bersetuju untuk teruskan perjalanan dengan kita. Inilah keputusan kita buat dan berdua kita yang bertanggung jawab atas 3 budak ini. Thinking of this that had happened 37 years ago is absolutely CRAZY! HOW CAN A GUIDE ABANDON HIS JOB AND DUTY!! And WE WERE CRAZY ENOUGH TO GO ON OUR OWN! Selepas kita bermeeting, kita teruskan pendakian kita. Sampai ke peak 25, kita terus dakian ke peak 26 selama satu jam 40 minit untuk peak ini. Barulah kita tahu kita dah daki GUNUNG RAJAH. Mungkin waktu ini sebab bengang atau fras saya pun tak ingat. Yang saya ingat adalah mata kedua belah saya bengkak dan takda air untuk cuci. Kita istirehat sebentar dan terus turun ke Camp KUALA PUTIH.

Dari Camp Melantai, kita dah mula dari 150m (500ft) hingga 576m (1891ft) Gunung Rajah. Satu cubaan yang amat bagus dan kita terus turun dari Gunung Rajah sampai ke Camp Kuala Puteh. AIR!! Boleh cuci muka dan seterusnya trek ke Sg. Tahan selama 20 minit. Masih awal lagi dan baru nak tengah hari. Lunch kat Camp Kuala Puteh dan teruskan ke CAMP KUALA TEKU. Dalam nota kita, kita perlu 4 jam dan perlu memotong (menyeberang) 6 kali sungai. Kita lanjutkan dakian kita tanpa Guide dan nasib baik ketika itu takda camp orang ASLI. Senang juga kita dapat trek yang betul selepas setiap kali kita potong sungai. Setiap kali kita potong sungai (6 kali), kita mesti ’UP RIVER’ dan inilah petunjuk kita dalam trail yang betul. Again I must say this is really crazy tracking and crazy bushwhacking!! Compass yang kita pakai mesti ikut arah nota dan peta gambar ke Gunung Tahan juga! Takda GPS atau Satellite guidance. Kita dapat jumpa satu campsite yang besar dan itulah CAMP KUALA TEKU.

An old expedition scaling Gunung Tahan (Mount Tahan) Malaysia in 1982.
– Makanan yang mereka bawa adalah, JAM, Serbuk MUSHROOM & CHICKEN SOUP, MILO, BAKED BEANS dan SARDINE. TAKDE BERAS!! WALAO WEH!! ALA MAT SALLEH MAKAN!!.

 

Kita terus ambil air untuk masak dan pada masa yang sama dapat mandi dan bersihkan diri. Malam ke 2, kita meeting lagi dengan 3 budak Sri Inai. Agenda pertama Makanan kita dan Makanan 3 budak ini. Makanan yang mereka bawa adalah, JAM, Serbuk MUSHROOM & CHICKEN SOUP, MILO, BAKED BEANS dan SARDINE. TAKDE BERAS!! WALAO WEH!! ALA MAT SALLEH MAKAN!! Kita paksa mereka keluarkan semua Makanan mereka sebab kita kena “food dump” tinggalkan (tanam) Makanan kita untuk perjalanan pulang ke KUALA TAHAN. KC dan saya bermeeting lagi! HALO BROTHER macamana?? Terpaksalah kita berkongsi Makanan dengan budak budak ini. Malam itu kita bahagi Makanan kita supaya load dan pack kita boleh lebih ringan. Kita hanya planning Makanan untuk 2 hari dan kembali ke Camp KUALA TEKU untuk ambil dari “food dump’ kita. Mujur KC dan saya ada bawa emergency food ration satu hari. Kita cari satu tempat yang sesuai dan gali lubang sedalam 3 kaki dan tempatkan Makanan ration kita dalam plastik. Kita tidak berani gantung Makanan kita sebab takut monyet atau kera akan curi makanan kita.
Selepas satu lilin bakar…..hanya bunyi hutan yang masih kedengaran. Bunyi yang lain sudah tidak kedengaran sebab lelah dan tidur…

DAY 3: OMG WHAT A WONDERFUL VIEW!! SEJOK SEJOK! MINUM DULU!!!

Kita bangun awal 0500hrs untuk masak dan minum pagi. First light kita mulakan trail dibelakang camp site. Target kita adalah KUALA TEKU ke CAMP PADANG. Dari camp ini 168m (550ft), kita perlu daki 4 ½ jam untuk sampai Wray’s Camp 1100m (3,600ft). Kita terus pendakian kita dan amat bershukur sebab di trail yang betul. Nota saya, “Where the ridge suddenly turns to the west the character of the forests changes dramatically, at this turning is Wray’s Camp”. Selepas 4 jam kita sampai ke Wrays Camp. Cuaca lebih sejuk dan tidak berpeluh banyak. Pohon sekitar mula berubah dan dapat view yang best best. Kita juga bernasib baik terlihat seekor Burung Helang dari jarak yang dekat! Kita teruskan pendakian Selepas makan lunch dan view yang best. Dari Wray’s Camp ke Gunung Reskit dan CAMP PADANG perlukan 6 jam. Kita sampai ke Gunung Pankin 1463m (4800ft) kurang dari sejam.

An old expedition scaling Gunung Tahan (Mount Tahan) Malaysia in 1982.

Kita teruskan pendakian kita 1 ½ jam ke Gunung Tangga Lima Belas 1539m (5050ft). Kita masih ontrek untuk ke Gunung Reskit 1666m (5456ft) dan seterusnya Gunung Tangga Dua Belas 1830m (6000ft). Sampai ke Tangga 12, kita mesti melalui trek yang penuh batu yang mossy dan basah trail sebelah Gunung Gedung. Ini-lah tempatnya seorang Singapore yang mati terjatuh tahun dulu (1981). Seram juga tempat ini sebab sejuk dan kurang cerah. Masa dulu tak ada tangga atau apa pun. Hanya satu wire rope yang lama dan bahaya untuk memanjat. Kita memberi arahan kepada 3 budak itu “JANGAN GUNAKAN TALI BESI” nanti habis tangan awak dan jatuh seperti budak S’pore tuh! Mereka ikut kita dengan diam diam saja. Apabila kita sudah memanjat trail ini, barulah langit cerah dan kita dapat lihat satu PLATEAU yang sunguh indah. Kita dah tahu kita akan turun ke Padang Camp. Waktu sudah 5 petang.

An old expedition scaling Gunung Tahan (Mount Tahan) Malaysia in 1982. Bathing in ice cold water at Padang Camp. 

 

Kita mula turun ke PADANG CAMP disambut dengan aliran air teh-O yang kecil di dalam longkang semula-jadi. Kita mula turun sebanyak 300m (1000ft) dan sampai Padang Camp 1400m (4600ft) lebih kurang pukul 6 lebih petang. Dari nota kita, camp site berada sampingan dengan sungai yang kecil dan kalau cuaca yang cerah boleh kelihatan Gunung Tahan di Camp site ini.

 

An old expedition scaling Gunung Tahan (Mount Tahan) Malaysia in 1982.
Our Camp site at Padang Camp.

 

Malam ini di Padang Camp, saya berjaya melihat bintang bintang yang indah. The ‘Milky Way’ adalah view kita. Selepas pukul 9 malam, sudah tak larat kesejukan dan masuk ke dalam A-tent kita. Saya dan KC mempelawa 3 budak ini untuk join kita tapi Shaz dan Shahril ingin “sleep under the stars’ balut dengan poncho tido.

 

Tiba-tiba jam 1 pagi, dua budak ini basah embun dan sudah menggigil!! SEJOK SEJOK!! itu yang mereka hanya boleh sebut! Keadaan salah seorang mereka sudah tahap kritikal. Tahap Pneumonia!! Saya punya terus keluarkan dari First Aid sebotol plastik yang berkandung alkohol (brandy). Saya terus arahkan dia minum segera. Brader ini membantah sebab dia kata dia Muslim dan tak boleh minum alkohol. Saya katakan kepada dia, ini disebabkan dia sudah terlalu lama kat luar dan suhu adalah 4 darjah Celcius dan sudah EXTREME COLD EXPOSURE! Kalo kita tidak naikan core temperature dia, dia akan mati!! Ini sudah DARURAT dan dia mesti minum ubat ini. Terus dia tanya, ‘are you sure Aden?’ Yes, dammit, I don’t want to carry you down to Kuala Tahan bro! Dia ikut arahan saya dan kita dapat menaikan suhu Core Temperature dia selepas setengah jam (untuk maklumat, panaskan badan dan dia tidak mabuk).

5 orang Lelaki dalam 2-man tent! Bagaimana saya tidur malam itu pun tak ingatlah. Cuaca malam itu memang sejok gila! Yang saya ingat adalah SEJOK GILA PADANG CAMP!! Haba dari 5 orang memang membantu tetapi terlalu SEJUK untuk saya tidur.
Malam ini lilin yang biasa bakar 3 jam bakar 6 jam sebab kurang oksigen dan lembab. Apa yang didengar adalah gigilan 5 lelaki yang sejuk………

DAY 4: YES! WE REACHED THE PEAK!! RUN RUN RUN!!!! WE HAVE TO REACH THE CAMP BY NIGHTFALL!!

Hari yang ke 4, kita bangun 0300hrs sebab terlalu sejuk dan siap memasak nasi kita. Kita bermula pukul 0400hrs untuk mula mendaki ke peak Gunung Tahan. Semua barang ditinggalkan di base Camp Padang. Kita hanya membawa torch light, Kamera dan air (army water-bottle). Cuaca amat baik kepada kita. Cuaca memang clear dan tidak berawan. Kita dapat mendaki dengan bagus dan dapat melihat dengan jelas sampai ke peak Gunung Gedung. Dari nota saya, pendakian selama 2 ½ jam bole sampai ke puncak Gunung Tahan. Kita bermula dari Padang Camp 1400m (4600ft) ke 2187m (7174ft). Laluan trail kita hanya laluan pohon pohon Bonsai dan kalau masuk ke lembah, itunya mossy forest yang pendaki-pendaki nama sekarang. Apabila kita dah nampak cahaya pagi, sungguh indah pemandangan Camp Padang. Sebab dalam kegelapan, kita sudah mendaki ridge Gunung Gedong. Our final assault dari Gedong ridge 350m (1150ft) akan sampai ke PEAK GUNUNG TAHAN. Go GO GO!!!!!

An old expedition scaling Gunung Tahan (Mount Tahan) Malaysia in 1982.
Aden Lee & KC Chang at the peak of Gunung Tahan.

 

Eh apa tuh??? Beirut!! Trigonometry Station GUNUNG TAHAN!!!! Semangat kita untuk mendaki ditambahkan lagi. Kita terus mendaki sampai ke Peak Gunung Tahan disambut YES! YES! YES! WE MADE IT TO THE TOP!! Pemandangan yang indah dengan matahari yang cerah. Kita dapat melihat seluruh Malaysia diliputi awan carpet!! Wow! Indahnya! Photo ! Photo! Group Photo!! Selepas 45 minit dipuncak Gunung Tahan, KC dan saya sudah mencapai sesuatu yang di-idamkan oleh semua rakan rakan sekolah. Yes WE DID IT!

Kita mula turun dari Gunung Tahan ke Padang Camp. Perjalanan ini memerlukan kurang dari 2 jam. Kita terpaksa turun ke Camp Kuala Teku sebab sudah kehabisan beras dan makanan hari ini. Apabila sampai ke Camp Padang, kita makan apa yang dimasak pagi dan terus bermula turun ke Kuala Teku.

Running down hill at Tangga Dua Belas. An old expedition scaling Gunung Tahan (Mount Tahan) Malaysia in 1982.

RUN RUN RUN!!!! Sebab backpack kita seperti kosong, kita bermula naik dari Padang Camp ke Gunung Tangga dua belas, dan kemudian lari berlumba ke Gunung Reskit, Gunung Pankin dan Wray’s Camp. Senang sahaja sebab ‘down-hill run’. Malangnya saya terjatuh kali pertama sebab akar kayu dan terseliuh kaki kiri. Istirehat 5 minit dan kemudian sambung semula dengan berjalan ala-tempang dan kemudian lari lagi. Setelah berlari setengah jam, TER-seliuh lagi! Aduh, dalam hati dah bisikan, matilah! Macamana nak sampai Camp Kuala Teku? Kali ini, saya istirehat 5 minit lagi dan mulakan dengan adjusted right foot pressure. Teknik ini seperti yang digunakan oleh marathon runners. Dalam hati saya, kalo jatuh sekali lagi, memang kena diangkut keluar dari Taman Negara. Waktu sudah mula petang, kita tidak ada pilihan lagi sebab makan yang kita sudah habis dan takda air. Kita tetap mahu sampai ke Camp Kuala Teku hari itu. Kerana tidak ada pilihan yang lain, kelima-lima kita terpaksa berlari dalam hutan ini di waktu senja. SAYA TERJATUH KALI KE 3!!!! Waktu itu saya berpikir, apahal nih?? Ankle kiri saya sudah terseliuh lagi! AIYO!!!!! Terpaksalah saya relax 10 minit dan mula jalan tempang-tempang. Baru sedar bahawa ‘Low Sugar’ kaki dah lembik dan senang terkandas dengan akar-akar. Team kita terpaksa slow-down tempo kita dan teruskan perjalanan kita sebab kaki saya terseliuh lagi.

Hutan mula gelap, 5 orang baru ada 2 torch-light! Kita sudah melalui Wray’s Camp. Untuk naik dari Kuala Teku ke Wray’s Camp perlu 4 jam, kalau turun pasti hanya 2 jam! Satu kiraan atau anggaran yang bagus tapi tak betol! Kerana 3 budak itu tak bawa torch-light tak bawa spare bateri, mereka bergantung kepada KC dan saya. Strategi kita adalah Torch-light di depan dan dibelakang. 3 budak itu di tengah-tengah. Strategi yang bagus sampai torch-light KC konk! Bateri mampus! 5 orang terpaksa bergerak dengan satu lampu suluh sahaja dan sampai bateri saya mula nak out, kita sampai ke Camp KUALA TEKU dalam pukul 10 malam!! Kita gunakan team-work yang paling BEST! Sebab tiada pilihan!!

Kita mula menggali ‘food-dump’kita dan hanya bertenaga untuk buat air panas dan sediakan Milo, serbuk-susu dan glucolin. Minuman ini sudah cukup untuk saya sebab body sudah menggetar tak ada sugar. KC pandang saya, saya pandang dia! GILA-LAH KAMI!! How the hell we did this today?? Start dari pukul 4 pagi end pukul 10 malam!! CHAMPION!! 18 jam MARATHON!! Kita pun bergelak-gelak dan mengambil keputusan, besok CUTI!!! Ketiga budak-budak itu pun bergelak! JOM MANDI TIDOOOOO!! Masak nasi pun tak jadi sebab terlalu lelah!

Malam ini lilin bernyala….. kedengaran hutan seperti biasa….tapi kedengaran 5 ekor binatang mengaung!!!

DAY 5: LETS RELAX BRO! R & R FOR ALL OF US TODAY! AFTER ALL, WE HAVE FOOD AND TIME!   OH SHIT WE ARE LOST!!!

An old expedition scaling Gunung Tahan (Mount Tahan) Malaysia in 1982.
One of the several river crossings from Kuala Teku towards Kuala Putih.

Kita bangun 9 pagi hari ini. Plan kita hari ini adalah relax. Kita bermula dari Camp Kuala Teku ke Camp Kuala Putih. Perjalanan trek kita 4 jam sahaja. Boleh lihat tumbuh-tumbuhan dan alam semulajadi. Kita bermula jam 10 pagi dan jangka akan sampai Kuala Putih jam 2 petang dan boleh santai-santai mandi sungai. Dalam perjalan trek ini, kita seharusnya potong 6 atau 8 kali sungai. Tetapi selepas memotong kali ke 3 atau ke 4, kita sudah ikut trek orang ASLI.

SHIT WE ARE LOST!! Trek yang kita ikut mula jadi kecil seperti ‘Game trail’ (trail yang digunakan oleh binatang). Saya dan KC bermeeting lagi. Bro, saya pikir kita sudah ikut salah trail nih! How come we are not crossing the big river (Sungai Teku). Sekarang tengah hari tapi seperti jam 5 petang?? Something is not right bro!!!

Saya dan KC bersetuju untuk back-track dan pendengaran dan penglihatan sudah tau ada sesuatu yang tak betul. Hutan sudah jadi gelap dan sunyi. Dari pengalaman kita berdua, kita mungkin sudah masuk ke hutan lain kot. KC dan saya back-track sampai ke simpang lama. Ada 3 cabang, kita arahkan 3 budak itu duduk kat simpang dan jangan jangan bergerak! KC terus ikut satu simpang dan saya ikut satu simpang. Kita harus time trekking kita dan tidak boleh trek lebih dari 10 minit. Kalo jumpa simpang lagi, patah balik. Kalo jumpa sungai besar, patah balik, kalo jumpa sungai kecil yang up-stream, patah balik. Kita time jam kita dan mula trek. Saya ikut satu trek yg ditujukan, kemudian saya terpaksa merentas satu anak sungai yang kecil tetapi úp-stream’. Terus, saya ‘back-track’ ke simpang dan tunggu KC balik ke simpang 3. Dia kembali selepas 15 minit dan kata trek itu trek yang besar dan bukan ‘game-trail’ tetapi tak sampai ke sungai besar. Saya buat laporan kepada group trail saya potong sungai ‘up-stream’ memang tak betol. Kita keluarkan nota dan map dan compass, check bearing kita untuk pulang ke Kuala Tahan seharusnya ikut bearing ‘South-Easterly’.

The brightness of the day that made the difference after being lost for more than an hour is certainly welcoming.

Kita buat keputusan untuk ikut trail KC yang bearing South. Selepas 20 minit, kita sampai ke pinggir sungai besar dan matahari seakan muncul dan bunyi hutan mulai berbunyi! Setelah sesat selama sejam lebih, kita dapat keluar dari dunia itu. Pasti ada orang lama atau otai-otai yang pernah ada pengalaman ini. KC dan saya berdiam saja kerana tidak mahu menakkutkan 3 budak ini sebab kita perlu lagi bermalam dalam hutan sebelum sampai ke Kuala Tahan ke-esokan hari.

An old expedition scaling Gunung Tahan (Mount Tahan) Malaysia in 1982.
Beautiful pools of water at Kuala Putih camp.

 

Kita sampai ke Camp KUALA PUTIH dalam pukul 3 petang dan terus mandi sungai dan R&R. Saya rasa sampai hari ini, Adnan, Shahril dan Shaz masih tidak tahu perkara ini. Saat ini, saya masih mencari 3 kawan on-trek ini. Sudah 37 tahun berkenalan tetapi ada hidup masing masing. Maybe with God’s blessing, kita jumpa lagi.

Malam ini 2 lilin dinyalakan sebab besok dah kembali ke tempat manusia lagi……bunyi hutan seperti biasa, hanya kedengaran Ha Ha Ha! 5 Manusia yang riang ria……..

DAY 6: LETs RUN!! WE ARE ALMOST THERE!! SHIT I’M NOT GOING TO PAY HIM!!
Selepas Day 5 yang sungguh mencabar dan menarik…. Kita pun berputus untuk buat marathon lagi ke Kuala Tahan dalam satu hari.

An old expedition scaling Gunung Tahan (Mount Tahan) Malaysia in 1982.
On-track to Kuala Tahan and civilization.

Kita bertolak dari Camp KUALA PUTIH jam 0730 dan serang Gunung Rajah dalam 1 jam 15 minit. Di Peak Gunung Rajah memang view hari ini clear! Kita boleh lihat Gunung Tahan dari situ. Photo opportunity yang bagus dan masih ada filem untuk ambik. Kita teruskan perjalanan untuk melalui Banjaran Malang dan melihat apa yang kita sudah melalui Day 1. Cuaca panas dan kering sepanjang trip kita ke kemuncak Gunung Tahan dan mula merasa dekat ke habitat manusia. Terjumpa satu group dari TV3 di Camp Sungai Melantai petang hari ini, bawa camera ala- mini compo. Tiba di Camp Melatantai, disambut oleh banyak lebah-lebah. Sampai kena beberapa suntikan, terus keluarkan First Aid dan telan 1 biji Piriton untuk melepaskan histamine. Tak boleh istirehat disini lagi dan teruskan perjalanan ke Kuala Tahan. Waktu dah dekat pukul 5 petang, Shahril ajak berlari marathon lagi. Di kata, “lets reach the Park Headquarters before sunset!!” Kita mula dengar bunyi speedboat di tepi sungai. Kita teruskan berlari dan sampai KUALA TAHAN Park HQ sebelum 1830hrs.

Rasa 6 hari ini memang banyak adventure. Banyak yang berlaku dalam pendakian kita dan tetiba rasa marah betol. Orang yang telah tinggalkan kita dalam hutan pada hari kedua dan apa yang kita harus lapor kepada Park Ranger Taman Negara Malaysia. Kita terus pergi ke ofis Park Ranger dan melapur diri bahawa kita dah selamat pulang mendaki Gunung Tahan dan memberitahu dia bahwa Guider kita cabut. Kita kata kita tidak berniat untuk membayar dia se-sen pun. Park Ranger nasihatkan kita supaya bayar dia separuh sebab dia perlu makan juga. Akhirnya kita hanya membayar dia RM100 saja. Kita langsung berikan duit itu kepada Park Ranger dan tanya bila Sijil kita akan disiapkan. Jawabnya, satu bulan dari tarikh pendakian di Pejabat Perhutanan Taman Negara di Jalan Duta. Sebelum kita mandi dan check-in kat hostel, kita perlu ke cafeteria untuk tempah makanan kita dan langsung pergi mandi ‘shower-time’. Time makan kat cafeteria ada satu Topo Map kat dinding. Bestnya kalau orang awam boleh dapat satu set dan mencari dalam peta ini laluan yang kita mendaki dan melalui sampai ke peak dan pulang. Katil yang biasa rasa lembut dan selesa. Sudah seminggu kita tidur kat hutan dan fasilitas yang simple memang luxury.

An old expedition scaling Gunung Tahan (Mount Tahan) Malaysia in 1982.
Steps at the jetty of Kuala Tahan National Park.

Malam ini lilin tidak dinyalakan tetapi diganti dengan ‘light-bulb’ yang menerangi Park Headquarters sampai gen-set dimatikan pada pukul 11 malam. Bunyi hutan seperti biasa…….hanya kedengaran bisikan hati, boleh-kah saya repeat adventure ini kalo kaki kiri dapat sembuh dan kesihatan dan waktu izinkan…….

This the original Map of the distance and height each person had to climb to summit Gunung Tahan.

 

The above short story is my personal recollection of my adventure when I was 16 years old. This short story is written in Bahasa Malaysia to encourage more teenagers, young or old. At that time, I was Form 4 in secondary School. I’ve skip classes for 1 week and was called by my Class Teacher to report to my Secondary School Headmaster. When I reported to him, we spoke about our adventure and KC Chang (was a school Prefect) also met him together. We were excused from classes by our Headmaster because our story was good enough. The main reason we planned February month was because of the dry season and we could complete our climb quickly. The Headmaster Mr. Yong Chee Seng was definitely proud of both of us. He said that our accomplishment show be printed in our 1982/83/84 School Magazine (can’t remember which year). Should anyone who’s reading this article have a copy of Methodist Boys Secondary School (MBSSKL) 1982/83/84 School Magazine, please contact me because my copy and my Gunung Tahan Adventure notes had been borrowed and not returned to me.

The certificate that hangs on my office wall. Sweet memories and experience that i had 37 years ago. Yes I DID IT!

 

After a month KC and I picked up our Gunung Tahan certificate and this cert still hangs proudly in my office today. It’s been 37 years now. Nothing much has changed. Gunung Tahan awaits you. You do not conquer the Mountain but the Mountain conquers the land and sits majestically through time and ages. We humans come and go but the mountain still remains. You never conquer the mountain but the mountain helps you to conquer yourself. Till now, my left ankle is still the same. Perhaps it was macho those days not to do anything about it and let it heal by itself. If my ankle can hold I’ll still be climbing but my time has gone and I am not in my young days anymore……

 

 

Our last meal together at Kuala Tahan Canteen after summiting Gunung Tahan (Mount Tahan) Malaysia in 1982.

BTW, does anyone know who the 3 Sri Inai boys?? Adnan, Shahril and Shaz? I’M STILL LOOKING FOR THEM! If you do know them, pls PM me. TQTQTQVM

“Take nothing but photographs, Leave nothing but footsteps”.                                                                                                        – A mountaineer’s Credo.

    

https://www.facebook.com/adenlee/media_set?set=a.10214927443003217&type=3&jazoest=2651001197312181828278117866810590786612168861117989798673536576521069752111744910511387451081218377501206558651001228770115578512256106488050111110457310385956984725682119754950706581103110954911075104756654113113119 

Tambahan nota: TRAINING UNTUK EXPEDISI GUNUNG TAHAN 1982:

Setiap pagi mula pukul 4 pagi. Buat squats 100 kali untuk warm-up dengan backpack pengangkap (3 biji bata dalam). Teruskan dengan 300 Squats. Selepas kaki (peha) sudah warm-up, mula jogging 5 batu (8km) dan seterusnya kayuh basikal kat area perumahan (Bukit Bintang, mula dari Boustead ke Puduraya dan kembali mengikut Jalan Tong Shin dan kembali ke Jalan Sultan Ismail) selama 2 jam berpusing-pusing. Seterusnya, air tidak boleh di minum sampai habis training dan selepas training selama 2 jam. Ini adalah latihan ‘tahan minum air’ sebab kebanyakkan trail kita dalam Taman Negara tidak ada air (water source) pada musim kemarau. Kebanyakan hikers pewai air sebab tidak ada training air dan mental lawan untuk minum air. Kita training sendiri setiap hari kecuali pagi hujan. Jika hujan turun, kita mempertingkat training squats. Training ini saya lakukan selama 6 bulan. Peha dan betis kita sudah boleh tahan asakkan dan cramp, tiada masalah apabila kita mendaki selama belasan jam setiap hari sebab muscle cramp is our worst enemy.

EQUIPMENT:
Kalau zaman dulu wujud titanium, mmmm bestnya!! Semua barang-barang camping dan hiking dulu hanya boleh dibeli di Kompleks Pertama (bazaar Army Surplus). Jualan barangan hanya untuk askar-askar ATM yang sudah kehilangan barang standard issue mereka. Saya terpaksa cari helah and berkawan dengan brader yang jualan barangan itu. Backpack ATM, Mess-tim ATM, Army Belt untuk Water Bottle ATM. Standard ATM Poncho yang boleh disambung dua jadi Tent. Plastic zip-lock tak wujud lagi. Tupperware tidak wujud, kalau ada mesti harga beratus-ratus. Kasut Fung Keong high-cut sahaja boleh beli, Boot ATM tidak dijual kepada orang awam! Jangan tanya macam mana saya dapat Back-pack ATM. Uncle saya yang pinjamkan kepada saya jika ditahan Polis Tentera. Alat-alat camping ini pasti berat sebab tahan lasak. Abang saya yang bawa pulang dari USA camping gas stove. Waktu itu (tahun 80an) Camping Gaz adalah dapur gas sahaja yang ada/wujud. (no complains sebab boleh masak dalam tent). A-frame tent, member yang beli dari S’pore (berat gila). Kerana rayuan anak-anak buah saya, saya mula hiking dan camping tahun lepas (2017) dan mula beli barangan yang ada. Wah bestnya!! Kita boleh tukar berat dengan matawang!! Ultralight is the game!! Kasut adidas (cross-country trainer) Germany yang saya pakai dulu ada tapak seperti Karrimor sekarang. Kalau pakai Fung Keong pasti mati sebab susah nak tanggal untuk tangkap si-pacat and selepas merentas sungai!

MAKANAN:
Ration kita simple dan mudah makan. Setiap meal pack adalah beras (satu mangkuk tin susu) sesuai dimasak dengan mess tin, Ikan masin seketul, ikan bilis dan kacang tanah yang sudah digoreng. 3 pack untuk sehari dan ration untuk 8 hari (Emergency ration 1 hari) Garam disimpan dalam canister Filem (Kodak, dll) Gula-gula HACKS! Satu luxury! Energy Bar tak wujud lagi! Makanan tin tidak dibawa sebab dianggap luxury items! Mi Maggie tak wujud lagi (pun tak bermanfaat sebab nasi lagi tahan lapar).

MINUMAN:
Setiap hari satu pack, Milo + Susu tepung + Glucose untuk 8 hari. Semua minuman ini dipak dengan plastik double seal dengan lilin (zip-lock bag tak wujud lagi)

EQUIPMENT:
SLR Camera Nikon (FE2) dengan Flash (bapak besar) dengan batteri. 5 roll filem dan mesti ration sebab setiap roll adalah 36 frames. Semua gambar yang mahu diambil mesti plan dulu sebab tidak bole repeat dan cuci semula.
Torchlight 2D cell dan mesti water proof. 1 set spare bateri dan malam tidak digallakan menyuluh ala Star Wars!
Lilin satu bundle untuk digunakan satu setiap malam. Digunakan hanya emergency menyalakan api atau campfire.
Parang/golok mesti siap ada setiap orang wajib carry-on.
Video camera boleh bawa tapi besar seperti mini-compo!! dan kalau mampu! Bateri Bapak besar (3 kali besar Pineng 20000mAh!!)

PAKAIAN:
Satu set yang sama seluar sports pendek dan T-shirt untuk hiking dipakai setiap hari! Petang sampai campsite cuci kalau ada water source dan dipakai walaupun basah besok pagi.
Satu set yang sama seluar panjang (track bottom), t-shirt dan seluar dalam dipakai untuk tidur setiap malam (selama 6 malam) Set pakaian tidur ini pantang basah sebab kalau jatuh dalam sungai masih ada baju dan seluar kering untuk tidur.
Satu spare set seluar sports pendek dan T-shirt dan seluar dalam.
Satu Jacket tahan sejuk (Jacket ATM) sebab kat Padang Camp suhu malam boleh jatuh ke 4 degree Celsius!
Stocking 2 pasang. Satu pasang untuk tracking dan 1 pasang untuk tidur.
Head gear atau scarf (ATM) digunakan untuk sapu peluh dan emergency ikatan.
Selipar BATA sebab selipar Jepun mudah koyak kalau kena sedut kat selut (sandal tak wujud lagi)

FIRST AID:
Standard St. John’s First Aid Box, PANADOL, PIRITON, Minyak Angin!! ZAMBUK!! (muscle heat).
Setiap barang yang diambil harus dipikul 2 orang sebab team kita hanya 2 orang.

Semua equipment dan makan kita wajib dimasukan dalam backpack (ATM) dan berat lingkungan dalam 60 pounds (27.2 KG) tidak dihitung air yang terpaksa dibawa. Kita harus bijak packing barangan kita dan yang paling penting adalah ration kita yang tidak boleh basah. Bekas yang diperbuat gelas tidak di-izinkan untuk dibawa masuk ke Taman Negara (Weight saver). Ini adalah basic yang kita bawa masuk kedalam hutan. Luxury items tidak ada sebab tidak mampu. Biscuits pun tidak bawa masuk sebab tidak memberi apa bantuan kalori atau tenaga.

The 2018 Corporate and Jungle Man, ADEN LEE.

Saya berharap dapat memberi satu pandangan bagaimana orang yang lama berlatih and membuat persiapan waktu atau zaman 1980’s. Memang hardcore dan benda dan equipment yang tahan lasak dan berat. Benda-benda yang berkualiti tinggi pada zaman dulu.

Sampah yang boleh dibakar, dizinkan dibakar, benda yang boleh ditanam boleh ditanam. Hari ini, semua ini telah diperketatkan sebab banyak orang masuk ke Taman Negara Malaysia. Dulu, kurang dari 10% orang tempatan yang masuk/visit Taman Negara kecuali pelancong/Tourist luar negeri. Saya setuju dengan semua kuat-kuasa larangan membakar dan mandatori mengambil keluar sampah-sampah hikers atau pendaki. Lihatlah pantai2 yang indah di Malaysia kita, sampah yang ditinggalkan sungguh menyedihkan. Alam semulajadi yang indah telah dikotori oleh manusia atau pengunjung yang tidak ada kesedaran civik (civic-consciousness).

Saya berharap satu hari dapat berjumpa/terjumpa dengan anda dan boleh berkongsi cerita mendaki atau adventure di hutan, waterfall dan dimana port-port yang dekat saja. Kaki saya dah kaput-lah, jangan tanya boleh repeat tak. Kalau boleh tentu saya yakin saya boleh mendaki Gunung Tahan yang megah dan indah ini. Saya pernah mendaki ke 4-Step Waterfall di Taman Negara (2 kali, 1982 dan 1984). Saya sudah bermula aktif mendaki di tempat tempat yang senang dan dekat.

Kalo terjumpa uncle ini, say ‘HI’ and i will STORY YOU. 

Sekian semua dan salam.

Aden Lee                                                                                                                                            Pendaki yang terhad.

“Take nothing but photographs, Leave nothing but footsteps”.                                                                                                        – A mountaineer’s Credo.

aden.lee08@gmail.com, aden.lee@pruactionteam.com

https://www.facebook.com/adenlee/media_set?set=a.10214927443003217&type=3&jazoest=2651001197312181828278117866810590786612168861117989798673536576521069752111744910511387451081218377501206558651001228770115578512256106488050111110457310385956984725682119754950706581103110954911075104756654113113119

 

About adenlee

International Platform Speaker, Business Coach, Trainer, Entrepreneur and Business Consultant.
This entry was posted in Events, Health and wellness, Hobbies, Journal, Journal and Updates, Speaking News & Engagements and tagged , , , , , , , , , . Bookmark the permalink.

Leave a comment